TAMAN MADU LEBAH KEDAH |
1. Meningkatkan kekuatan badan
1. Meningkatkan kekuatan badan
2. Sumber Nutrisi
madu lebah dan madu kelulut |
3. Melambat Proses Penuaan
Madu dapat juga di lumur pada wajah atau tubuh yang dicampur dengan bahan-bahan semulajadi yang lain untuk mengekalkan kecantikan. Antioksida yang terkandung pada madu boleh membantu melambatkan penuaan dan memudarkan bintik-bintik hitam di wajah.Kandungan antioksidan yang tinggi dalam madu sangat baik untuk melindungi sel-sel tubuh termasuk sel-sel kulit dari radikal bebas. Dengan perlindungan ini, sel-sel kulit lebih terpelihara dan terhindar dari penuaan yang banyak dikhuatiri terutamanya kaum wanita masa kini..
4. Meningkatkan Kesuburan
Manfaat minum madu juga dapat dirasakan oleh pasangan yang belum dikurniakan cahaya mata. Dengan mengamalkan madu, ia dapat meningkatkan kesuburan, baik untuk lelaki atau perempuan.Hal ini telah dibuktikan oleh banyak pasangan sehingga ia patut diamalkan untuk pasangan yang sangat menginginkan zuriat. Tidak salah untuk kita berikhtiar dengan mengamalkan madu kerana Nabi Muhammad SAW juga mengambil madu di pagi hari setelah bangun dari tidur.
5. Mengatasi Radang Tekak
Jika ada mengalami sakit atau radang pada tekak, maka salah satu penyelesaian secara semulajadi adalah dengan mengamalkan madu. Cara ini telah banyak terbukti melalui klinik-klinik kesihatan yang memberi ubat sakit tekak yang berasaskan madu.Ia boleh diambil bersama air suam untuk mengurangkan keradangan tekak. Kita juga sering mendengar tentang “Strepsils”, juga berasaskan madu untuk mengubati sakit tekak malah sangat disarankan oleh doktor-doktor kesihatan Swasta mahupun Kerajaan.
6. Mencegah Dan Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung
Kandungan antioksidan pada madu juga dapat mencegah dan mengurangkan risiko penyakit jantung untuk menghindarkan diri dari penyakit yang sangat merbahaya. Dengan rajin meminum madu, ia akan melambatkan proses pengoksidaan kolestrol jahat yang berpengaruh buruk pada kesihatan jantung.Tahukah anda bahawa penyakit jantung adalah pembunuh utama di seluruh pelusuk dunia serta ancaman terbesar bagi kesihatan manusia sejagat? Meminum madu yang dicampurkan dengan jus lemon sebelum makan boleh membantu mencegah penyakit jantung koroner kerana kandungan vitamin C di dalam madu dapat melindungi otot-otot jantung akibat peradangan.
7. Menurunkan Berat Badan
Madu juga sangat bermanfaat untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan. Meskipun komponen madu dirasakan agak manis namun kandungan gula pada madu adalah semulajadi maka ianya tidak memudaratkan tubuh atau meningkatkan lagi berat badan.Selain hanya mengamalkan madu, kita juga disarankan untuk melakukan senaman supaya ianya selari dengan hasrat kita yang menginginkan berat badan ideal.
Olahraga boleh diamalkan dalam pelbagai bentuk seperti berjogging, berlari setempat atau bermain badminton. Kajian menunjukkan mereka yang mengamalkan olahraga, diet seimbang dan dalam masa yang sama mengamalkan madu dalam diet seharian mampu menurunkan berat badan dan kolestrol dalam waktu yang singkat.
8. Membersihkan Racun Dari Dalam Tubuh
Penggunaan madu sangat baik untuk membersihkan tubuh dari racun yang boleh menjejaskan kesihatan kita. Perihal meminum madu ini sangat penting untuk diamalkan kerana apa sahaja yang masuk ke dalam tubuh kita melalui makanan dan minuman seharian tidak dijamin bebas dari zat-zat racun.Racun yang terdapat dalam tubuh tidak hanya menyusahkan di kemudian hari tetapi juga boleh memicu ke arah munculnya pelbagai penyakit kronik. Justeru, amalkan meminum madu bersama air suam yang dicampur jus lemon setelah bangun tidur untuk mengeluarkan racun dalam tubuh badan.
9. Meningkatkan Metabolism Badan
Madu memiliki peranan penting untuk mengawal obesiti. Ianya dapat merangsang organ di dalam tubuh untuk bekerja dengan lebih effisien untuk menurunkan berat badan kerana metabolism yang lancar secara tidak langsung akan membakar banyak kalori.
10. Mengatasi Sembelit
Jika anda mengalami sembelit atau sinonimnya dikenali sebagi sukar untuk membuang air besar maka sebaiknya anda mula mengamalkan air madu. Minuman ini dapat membantu meningkatkan gerakan usus untuk mengatasi masalah sembelit. Tetapi juga disarankan mengambil madu dengan makanan lain yang kaya serat seperti sayuran dan buah-buahan untuk mengatasi masalah sembelit ini.Madu memiliki kandungan yang sangat positif terhadap sistem pencernaan kerana madu memperkuat usus dan sentiasa mempersiapkan pencernaan kita untuk makanan berat yang diambil agar terhindar dari sembelit. Itulah khasiat madu untuk kesihatan anda!
11. Mengatasi Batuk Dan Selsema
TEH MADU |
12. Mengatur Kadar Gula Dalam Darah
Khasiat madu untuk kesihatan juga adalah ia dapat mengawal gula dalam darah agar tetap stabil tanpa insulin. Minum air campuran madu semasa perut kosong dipagi hari dapat menurunkan tekanan gula dalam darah.Untuk kesan yang lebih baik, madu boleh dicampurkan dengan 5 ulas bawang putih, sebiji lemon, dan 2 inci halia yang telah direbus dan diminum airnya. Kombinasi ini lebih bermanfaat dan berkesan untuk mengatur gula dalam darah.
13. Mengatasi Perut Kembung
Mengalami perut kembung sungguh akan membuat aktiviti harian kita terganggu. Perut kembung boleh mengakibatkan hilangnya fokus kita untuk melakukan sebarang pekerjaan. Minum madu bersama kayu manis dapat mengurangkan gas yang terperangkap di dalam perut yang mengakibatkan kembung. Pastikan anda memilih madu asli untuk menghilangkan perut kembung dengan berkesan.14. Melawan Bakteria
Madu adalah cairan manis yang secara semulajadinya diperoleh daripada lebah. Bukan hanya boleh dipakai sebagai alternatif gula namun madu juga terkenal dengan kemampuannya untuk melawan bakteria. Ketika bakteria masuk ke dalam tubuh, madu akan bekerja untuk menarik air keluar dari zat asing itu sehingga mengakibatkan bakteria itu menjadi tak berdaya kerana madu tidak mengandungi air yang cukup untuk bakteria terus hidup.Gula bukan satu-satunya kandungan yang membuat madu menjadi pelawan bakteria tetapi kerana lebah menambahkan pengoksidaan glukosa sehingga madu menjadi sangat asam dan tidak mungkin bakteria mampu berkembang di dalamnya.
15. Menambah Tenaga
Menambah tenaga |
Madu baik diamalkan setiap hari untuk mengekalkan kesegaran tubuh dan menambah tenaga tetapi di dalam kuantiti yang tidak berlebihan. Madu boleh dicampur dengan air suam supaya rasanya tidak terlalu manis atau secara tidak sengaja mengambilnya secara berlebihan.
Hanya dengan mengamalkan lebih kurang 17g madu, tenaga badan dapat ditingkatkan kerana fruktuso dan glukosa yang terkandung di dalamnya, masuk ke aliran darah dan memberikan dorongan yang cepat untuk menambah tenaga.
16. Mengubat Penyakit Sukar Tidur Malam
Bagi sesetengah mereka yang menderita penyakit insomnia, boleh cuba mengamalkan madu. Madu dapat merangsang serotonin di dalam tubuh untuk meningkatkan suasana hati dan kedamaian. Setelah meminum madu sebelum tidur, serotonin sel ini akan menukar kepada hormon melatonin yang boleh meningkatkan kualiti tidur. Justeru itu, sesiapa yang menghidap penyakit sukar tidur malam bolehlah mencuba petua ini.17. Penguat Ingatan
Selain kismis, madu lebah asli juga sangat sinonim sebagai meningkatkan daya tahan memori. Madu sangat sesuai diamalkan terutamanya dalam kalangan pelajar bagi mudah mengingati apa yang dipelajari.Madu merupakan terapi alternatif yang berhubungan dengan penurunan intelektual. Madu sangat kaya dengan antioksidan yang mencegah kerosakan sel-sel otak kerana itu ianya sangat dianjurkan sebagai penguat ingatan.
18. Meningkatkan Prestasi Stamina
Khususnya kepada atlet sukan, madu sangat digalakkan untuk meningkatkan stamina ketika berolahraga. Kerana madu dapat menjaga kadar gula darah supaya tetap stabil, kerana itu ianya sangat membantu dalam meningkatkan prestasi sukan dari semasa ke semasa.Madu dapat mempercepatkan penyembuhan otot dan glukogen setelah penat berolahraga. Hebatnya, cairan manis dari madu ini dapat juga mengatur jumlah insulin dalam tubuh kita.
19. Mencegah Penurunan Sel Darah Putih
Mengamalkan madu adalah satu satu cara mudah dan murah untuk mencegah rendahnya jumlah sel darah putih yang disebabkan oleh kemoterapi. 40% penghidap penyakit kanser yang mempunyai jumlah darah yang sangat rendah tidak memiliki penurunan sel lebih lanjut setelah melakukan kemoterapi apabila mereka mula mengamalkan madu.Mereka meminum sekurang-kurangnya dua sudu teh madu setiap hari selama menjalani rawawatan kemoterapi. Kepada mereka yang menderitai penyakit kanser yang sering melakukan ujian kemoterapi, adalah sangat digalakkan untuk mengamalkan madu.
20. Membantu Merawat Luka
Madu asli sangat berkesan untuk membunuh bakteria yang terdapat dalam luka. Sebarang luka boleh disembuhkan dengan melulur madu pada luka tersebut. InshaAllah jika sering diamalkan, luka yang dalam juga boleh kering dan sembuh dengan cepat. Selain menyembuhkan luka, ianya juga dapat mengurangkan rasa sakit akibat luka yang dideritai.Sudah Terang Lagi Bersuluh
Berdasarkan semua manfaat madu diatas, sudah terang lagi bersuluh bahawa madu mempunyai lebih dari sejuta manfaat. Bagi mereka yang sangat mementingkan kesihatan diri kecergasan serta mahukan kecantikan luar dan dalam, madulah jawapannya.Manfaat madu terhadap kesihatan manusia sudah terkenal sejak zaman-berzaman.
Numpang promo ya Admin^^
BalasPadamayo segera bergabung dengan kami di ionqq^^com
dengan minimal deposit hanya 20.000 rupiah :)
Kami Juga Menerima Deposit Via Pulsa & E-Money
- Telkomsel
- GOPAY
- Link AJA
- OVO
- DANA
segera DAFTAR di WWW.IONPK.ME (k)
add Whatshapp : +85515373217 x-)