Menganjurkan kursus ternakan lebah di kedah serta menjual benih lebah (koloni) di sini ada lebah milifera(eropah) cerana(kampung) dan pelbagai jenis kelulut. Kami juga menerima lawatan sambil belajar serta menjual madu lebah dan kelulut, madu sarang lebah. kami beroperasi di Taman Madu Lebah Kedah (Bukit Besar)
Pasti ramai yang sudah ketahui kebaikan herba misai kucing kerana di negara kita sangat popular dengan jualan Teh Misai Kucing. Pokok herba ini boleh ditemui di seluruh negara Asia Tenggara dan Australia Tropika.
Misai kucing atau nama saintifiknya ‘orthosiphon aristatus’ adalah asal usul nama kepada ‘lippenblutengewachse, lamiaceae, labiatae’.
Jom, baca khasiat Misai Kucing iaitu:
1. Membersihkan Ginjal
Toksik seperti asid urik berlebihan, sisa-sisa metabolik dan pengumpulan asid perlu disingkirkan dari badan untuk mengelakkan pengumpulan.
Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan keletihan, kulit tidak berseri, daya tahan yang lemah, sengal-sengal dan lain-lain.
Misai Kucing ini elok untuk membersihkan ginjal dan saluran air kencing anda. Pendek kata ia membersihkan sistem perkumuhan anda.
Oleh itu,jika anda kerap ke tandas untuk buang air,jangan fikir bahawa itu merupakan tindak balas yang negatif kerana sebenarnya ia menunjukkan proses pembersihan sedang berlaku.
Yang bagusnya,penyakit batu karang juga dapat dielakkan.
2. Merawat Kencing Manis
Misai kucing juga dapat membantu membuang toksin di dalam badan dan juga membantu mengurangkan kepekatan glukosa dalam darah dengan ketara.
Sekaligus mengelak dan merawat masalah kencing manis.
3. Merawat Tekanan Darah Tinggi
Ia membantu mengurangkan kolestrol dan merendahkan tekanan darah dengan cara memisahkan sel-sel darah dari bercantum dan melekat.
4. Antioksidan
Menariknya mengenai Misai Kucing ini adalah ia dapat menjaga sel dari tindak balas radikal. Jika anda kerap minum teh Misai Kucing, maka anda pun dapat kelihatan muda.
Antara Khasiat Misai Kucing Yang Lain:
Mengurangkan tahap kolestrol.
Membaiki tahap stamina dan tenaga.
Mengurangkan inflamasi dan gout.
Mengurangkan pembendungan air.
Membantu melancarkan peredaran darah.
Cara-Cara Penggunaan Misai Kucing
vidio
lebah dan kelulut mengambil sumber dari misai kucing
Cara Pertama Minum madu dari Taman Madu Lebah Bukit Besar Kedah kerana ia mempunyai zat dari lebah dan kelulut yang mengambil manisan dari sumber nektar pokok misai kucing di sekitar Taman(lihat vidio di atas)
Cara Kedua
Ambil segenggam daun Misai Kucing, kemudian rebusnya dengan lima cawan air.
Minum setiap hari pagi dan malam sebelum atau selepas makan.
Cara Ketiga
Ambil segenggam daun Misai Kucing lalu digunting kecil-kecil atau dikoyakkan
Rendam dengan secawan air panas.
Tutup dan biarkan suam.
Minum hingga habis.
Amalkan setiap hari pagi dan malam.
Madu lebah dan kelulut dari Taman Madu Lebah Bukit Besar Kedah sesuai diamal setiap hari.
Anda juga dinasihatkan untuk menjaga pemakanan dan melakukan aktiviti bersenam.
24 JAM Pintu Sarang Lebah Terbuka Walau Hujan Atau Ribut Melanda Pintunya Tetap Terbuka.
Keluar Dengan Harapan, Pulang Dengan Kejayaan
HIDAYAH DARI ALLAH SWT KEPADA SANG LEBAH
HIDAYAH kepada hambanya tidak terbatas, kita dapat lihat melalui hidayah ALLAH pada sang Lebah yang mengetahui jalan pulangnya ke sarang(Taman Madu Lebah Bukit Besar Kedah).
Lebah yang dijaga atau yang liar tidak ada tali dileher yang boleh diheret keluar atau pulang, pintu sarangnya 24jam terbuka dan dijaga oleh lebah pengawal yang setia silih berganti
Kehidupan lebah juga unik apabila betul-betul dikaji, Hanya seekor ratu lebah boleh menghasilkan beribu sehingga berjuta pekerja lebah yang setia dan taat pada seekor ratu.
Setia dan taatnya sang lebah sehingga apabila sarang diceroboh,maka sang lebah pekerja akan mempertahankan sarangnya sehingga akhir hayatnya(lebah akan mati jika menyengat)
produk berasaskan sumber dari lebah
Kebanyakkan orang lebih mengenali lebah dengan keluarnya manisan dari perut lebah (madu) namun jika kita ambil hikmah dari surah An-Nahl ayat 69 kita akan ketahui bahawa banyak lagi produk dari lebah selain dari madu ada juga pollen dan propolis yang boleh diguna dalam pelbagai cara untuk tujuan penyembuhan pelbagai penyakit (tanda kebesaran tuhan bagi yang memikirkanya)
Seperti firman ALLAH SWT dalam AL-QURAN surah An-Nahl ayat 69
Ikuti kami untuk cerita seterusnya di episod akan datang.
Kita patut mulakan hari dengan menyelaraskan badan dengan alam semula jadi. Badan kita sebenarnya sangat banyak dengan asid kerana makanan segera, pencemaran udara, tidak cukup bersenam dan atas faktor faktor stress lain yang boleh menyebabkan badan bertoksik.
Madu mempunyai tenaga yang sangat tinggi beserta dengan vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan manusia.
Lemon adalah buah yang berasid, tetapi siapa sangka ia juga menghasilkan alkali. Apa tunggu lagi. Ayuh mulakan hari anda dengan meminum madu dan jus lemon yang mampu anda lakukan sendiri dirumah.
Berikut merupakan beberapa kebaikan yang terdapat di dalam madu dan jus lemon yang mungkin anda baru ketahui.
Sistem Pencernaan
Madu dan lemon bertindak sebagai agen pencuci darah dan anti bakteria. Tidak hairanlah jika mereka yang bermasalah pencernaan akan mencari madu dan lemon.
Hannya beberapa titik madu bersama lemon sudah mampu melegakan segalanya.
madu lebah
Membantu Untuk Menurunkan Berat Badan
Madu mempunyai tahap tenaga yang tinggi dan lemon membantu dalam mengeluarkan toksin dalam badan. Jika anda sedang berdiet, gabungan antara madu dan lemon di dalam diet anda amat sesuai. Seperti kebanyakan buah lain, lemon sangat rendah dengan kalori selain tiada lemak dan kolestrol. Madu mempunyai nutrient yang disebut sebagai pectin yang boleh membuatkan anda berasa kenyang. Ia juga membantu dalam mengurangkan kadar penyerapan gula di dalam badan. Semestinya, ia umpama menggantikan makanan ruji anda setiap hari. Lemon juga akan mengeluarkan lebihan air di dalam badan toksin melalui air kencing.
Untuk hasil yang lebih menakjubkan dan cepat, minumlah 2 sudu makan air perahan lemon dan 2 sudu makan madu setiap hari. Sudah pasti anda akan kelihatan kurus dan bertenaga.
madu kelulut
Membunuh Parasit Dan Bakteria
Pernahkah anda mempunyai parasite di dalam badan seperti cacing di dalam badan? Menakutkan bukan?
Jadi,penyelesaian ialah dengan madu dan lemon. Seperti yang disebutkan di atas tadi,madu mempunyai enzem anti bakteria dan lemon mengeluarkan alkali apabila keduanya bergabung terhasil satu kekutan melawan bakteria dan parasit dalam badan. Minum jus lemon suam bersama madu berupaya membunuh parasit dan bakteria
lawatan
Memperbaiki Sistem Pernafasan
Madu sarang dan lemon sebenarnya boleh mengatasi masalah mulut berbau dan masalah pernafasan yang sering berlaku. Dengan hanya mengunyah madu sarang(propolis) selama 5-10minit selepas itu kumur dengan jus lemon suam. Jadikan rutin harian ini juga dapat menghindari masalah gusi dan pernafasan
madu sarang
Meningkatkan Stamina Dan Daya Fokus
Jika anda mahu meningkatkan fokus anda di tempat kerja,Madu dan lemon sangat membantu. Di dalam satu kajian yang dilakukan ke atas beberapa orang mendapati pengambilan madu dapat meningkatkan stamina dan minyak lemon yang mempunyai bau yang menenangkan mampu meningkatkan fokus seseorang hanya dengan menghidu bau tersebut. Hebat bukan?
lawatan
Memperbaiki Kulit
Kulit yang terkupas biasanya disebabkan oleh kadar vitamin c yang tidak cukup dan kurangnya kadar kelembapan kulit. Vitamin c boleh mengstimulasikan kulit anda agar kelihatan mulus. Gunakan madu bersama lemon sebagai skrub muka sekali seminggu.
Madu mempunyai banyak vitamin dan miniral yang diperlukan oleh badan manusia
Lemon boleh membantu untuk menghilangkan jerawat jerawat degil dan sel kulit mati di muka anda. Muka dan badan anda akan kelihatan lebih sihat dan muda selepas itu!
lotion organik
Detox Hati Anda
Lemon yang kaya dengan anti oksida berupaya untuk meningkatkan keupayaan hati dan buah pinggang anda dengan membolehkan badan anda untuk detoks.Hanya dengan sebiji perahan jus lemon bersama 3sudu makan madu sudah cukup untuk sekali minum pagi dan malam.
Seperti yang disebutkan di atas tadi, lemon boleh mengeluarkan toksik yang ada di badan anda menerusi air kencing. Secara tidak langsung anda akan berasa lebih segar dan bertenaga daripada sebelum itu.
Merawat Tekanan Darah Tinggi
Tahukah anda, pactin yang terkandung di dalam lemon dan madu boleh mengurangkan kolestrol. Darah tinggi boleh meningkat dengan kadar kolestrol yang tinggi. Jika anda mengambil madu bersama lemon setiap hari secara tidak langsung akan mengurangkan tekanan darah tinggi anda dan vitamin p yang ada di dalam lemon akan membantu untuk menguatkan saluran darah.
Selain itu, lemon dan madu juga sangat kaya dengan potassium yang turut boleh mengurangkan tekanan darah.
lawatan
Merawat Masalah Kelemumur
Mudah sahaja. Hanya letakkan jus perahan lemon bersama minyak kelapa dan madu ke atas kepala anda untuk membuat mask rambut. Bahan bahan ini akan membantu untuk melembabkan kulit kepala anda sekali gus menghilangkan kelimumur anda.
Tetapi, diingatkan! Lemon juga mempunyai potensi untuk meringankan rambut anda. Jadi, jangan terlebih melakukannya.
peserta kursus
Membuatkan Skrub Kaki dan Rendaman Kaki
Lemon sebenarnya mengandungi asid sitrik atau pun lebih dikenali sebagai vitamin c yang membantu untuk merawat sel kulit mati, menggalakkan pembaharuan kulit dan mencerahkan bahagian yang gelap.
Ada dua cara untuk mengubatinya:
• Rendamlah kaki anda ke dalam 2 ke 3 sudu perahan lemon bersama 2 sudu besar minyak zaitun dan satu perempat cawan susu. Selepas itu, jangan lupa untuk membuang sel kulit mati di kaki terutama di bahagian tumit kaki anda selesai rendam keringkan kaki dan sapu madu pada kaki untuk melembap dan membaiki sel kulit
• Selain itu, anda juga boleh membuat srub kaki daripada 2 cawan gula perang, satu perempat madu dan beberapa titik minyak lemon. Jangan lupa untuk pastikan skrub anda tidak terlalu berminyak untuk hasil yang lebih baik.
Gunakanlah skrub ini selepas anda membuat rendaman kaki seperti yang disebutkan di atas tadi.
Semestinya, kaki anda akan kelihatan lebih cantik daripada sebelumnya.
lebah pulang ke sarang
Melegakan Demam dan Selsema
Untuk melegakan demam,1sudu makan madu dan beberapa titik jus lemon bersama air suam sudah mencukupi. Anda tidak perlu untuk ke klinik dan hospital sebenarnya. Lakukan rutin ini setiap dua jam sehingga sembuh. Madu dan Lemon sebenarnya boleh meningkan tahap imunisasi di dalam badan. Tetapi diingatkan sekali lagi, jika keadaan bertambah buruk, berjumpalah dengan doktor anda.
madu kelulut
Membuatkan Muka dan Bibir Anda Lebih Berseri
Seperti yang disebutkan di atas tadi, lemon boleh menghilangkan jerawat jerawat degil di muka anda. Tetapi, ini lebih lagi didapati ia boleh mencerahkan kulit yang gelap dan menanggalkan sel kulit mati.
Tanpa vitamin C, kulit anda tidak mampu untuk memperbaiki sel kulit rosak dan akan mengakibatkan kedutan di muka. Madu juga merupakan rahsia utama apabila badan anda menghasilkan kologen agar kelihatan muda dan cantik.
kecantikan organik
Merawat Masalah Jerawat
Sama seperti di atas, lemon mempunyai elemen anti bakteria yang boleh digunakan dalam merawat masalah jerawat dan jeragat. Hanya basahkan kapas dengan sebiji jus lemon beserta sesudu teh madu dan letakkan ke tempat tempata yang bermasalah untuk semalaman.
Apabila anda bangun keesokkan harinya, hanya basuh dan lakukan rutin anda dalam menjaga muka.
sabun
Merawat Gigitan Serangga
Usah mencari ubat penghalang serangga dan penyembur serangga. Ayuh membuat ubat sendiri dengan menggunakan bahan semula jadi!
Hanya campurkan madu, lemon dan minyak serai mampu mengubati gigitan seranga.
balm
Mengurangkan Kesakitan
Jika anda menghadapi masalah sendi seperti arthritis, rheuma dan sakit sendi yang lain, hanya minum segelas air madu bersama dengan perahan lemon. Ia akan membantu untuk mengurangkan kesakitan anda.
Minyak lemon juga mempunyai fungsi yang menenangkan diri dan melancar saluran darah untuk mengurangkan bengkak.
Dengan air madu berserta ekstrak lemon, ia mampu untuk melegakan kesakitan anda standing pil penahan sakit yang lain.
terapi sengatan lebah
Menghilangkan Urat-Urat Yang Ketara
Bukankah urat urat yang selalu timbul di kaki itu mencacatkan pandangan kaki kita? Ayuh gunakan lemon untuk membuatkan kaki anda kembali kelihatan menarik. Campurkan Madu dengan minyak lemon dan urutkan dengan perlahan lahan.
Jangan lupa untuk melakukannya secara kerap. Anda akan lihat sedikit demi sedikit, urat anda sudah tidak kelihatan lagi.
lawatan
Memutihkan Gigi dan Gusi Yang Kuat
Untuk mereka yang suka dengan penjagaan gigi, mereka akan biasa membeli ubat untuk memutihkan gigi yang mahal harganya. Tidak perlu lagi sekarang, jika anda campurkan jus lemon dengan Sarang Lebah.
Hanya kunyah selama 5minit sehari anda akan mendapat gigi yang putih dan gusi yang kuat.
madu sarang sedap
Kesimpulan
Sebenarnya terdapat banyak lagi khasiat lemon yang tidak disenarikan di sini. Walaupun saiz lemon itu kecil, tetapi terdapat banyak sangat khasiatnya. Bolehlah anda menjaga kesihatan sambil berjimat dengan lemon selepas ini. Ayuh ramai ramai mencuba tips yang diberikan tadi.
KONGSIKAN ARTIKEL INI
Apabila kita menyebarkan kebaikkan walaupun satu ayat, kelak kebaikkan juga yang akan datang kepada kita. Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah satu usaha untuk menyebarkan kebaikkan. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Madu sangat terkenal akan manfaatnya sehingga kerap diamalkan oleh rata-rata golongan tidak kira muda atau tua. Ia biasanya dicampur dengan pelbagai bahan semulajadi yang lain sebagai perawatan kecantikan luar dan dalam.
TAMAN MADU LEBAH KEDAH
1.Meningkat kekuatan badan
2.Sumber nutrisi yang seimbang
3.Melambat proses penuaan
4.Meningkatkan kesuburan
5.Mengatasi radang tekak
6.Mencegah mengurang risiko sakit jantung
7.Menurunkan berat badan
8.Membersih racun dalam badan
9.Meningkat metabolisma badan
10.Mengatasi masalah sembelit
11.Mengatasi masalah batuk dan selsema
12.Mengawal kadar gula dalam darah
13.Mengatasi masalah perut kembung
14.Melawan bekteria jahat
15.Menambah tenaga
16.Mengatasi masalah sukar tidur
17.Penguat ingatan
18.Meningkat pretasi stamina
19.Mencegah penuruna sel darah merah
20.Merawat luka luaran dan dalaman
kecerdasan dan kesihatan
Jom kita lihat pelbagai manfaat madu yang sangat terkenal dengan khasiatnya.
Madu sama ada boleh di lulur atau digunakan terus melalui lidah. Madu sering dikaitkan dengan kecantikan, jadi tidak hairanlah jika ramai wanita terutamanya yang mengamalkan madu dalam kehidupan seharian mereka.
1. Meningkatkan kekuatan badan
madu sarang lebah
Mereka yang rajin minum madu dalam kuantiti yang disarankan amat bagus kerana dapat membantu meningkatkan kekuatan sistem imunisasi badan. Mengamalkan madu dapat menghindarkan diri dari sebarang virus atau influenza. Dengan mengambil madu secukupnya, ia dapat meningkatkan kekuatan badan supaya tidak mudah jatuh sakit.
2. Sumber Nutrisi
madu lebah dan madu kelulut
Madu terkenal dengan pelbagai nutrisi berupa vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh. Ia sangat baik untuk diamalkan dan mencukupkan keperluan tubuh. Antara kandungan nutrisi madu adalah magnesium, kalsium, fosforus, zat besi, dan kalium. Maka tidak hairanlah ramai yang mengagumi khasiat madu asli.
3. Melambat Proses Penuaan
Madu dapat juga di lumur pada wajah atau tubuh yang dicampur dengan bahan-bahan semulajadi yang lain untuk mengekalkan kecantikan. Antioksida yang terkandung pada madu boleh membantu melambatkan penuaan dan memudarkan bintik-bintik hitam di wajah. Kandungan antioksidan yang tinggi dalam madu sangat baik untuk melindungi sel-sel tubuh termasuk sel-sel kulit dari radikal bebas. Dengan perlindungan ini, sel-sel kulit lebih terpelihara dan terhindar dari penuaan yang banyak dikhuatiri terutamanya kaum wanita masa kini..
4. Meningkatkan Kesuburan
Manfaat minum madu juga dapat dirasakan oleh pasangan yang belum dikurniakan cahaya mata. Dengan mengamalkan madu, ia dapat meningkatkan kesuburan, baik untuk lelaki atau perempuan. Hal ini telah dibuktikan oleh banyak pasangan sehingga ia patut diamalkan untuk pasangan yang sangat menginginkan zuriat. Tidak salah untuk kita berikhtiar dengan mengamalkan madu kerana Nabi Muhammad SAW juga mengambil madu di pagi hari setelah bangun dari tidur.
5. Mengatasi Radang Tekak
Jika ada mengalami sakit atau radang pada tekak, maka salah satu penyelesaian secara semulajadi adalah dengan mengamalkan madu. Cara ini telah banyak terbukti melalui klinik-klinik kesihatan yang memberi ubat sakit tekak yang berasaskan madu. Ia boleh diambil bersama air suam untuk mengurangkan keradangan tekak. Kita juga sering mendengar tentang “Strepsils”, juga berasaskan madu untuk mengubati sakit tekak malah sangat disarankan oleh doktor-doktor kesihatan Swasta mahupun Kerajaan.
6. Mencegah Dan Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung
Kandungan antioksidan pada madu juga dapat mencegah dan mengurangkan risiko penyakit jantung untuk menghindarkan diri dari penyakit yang sangat merbahaya. Dengan rajin meminum madu, ia akan melambatkan proses pengoksidaan kolestrol jahat yang berpengaruh buruk pada kesihatan jantung. Tahukah anda bahawa penyakit jantung adalah pembunuh utama di seluruh pelusuk dunia serta ancaman terbesar bagi kesihatan manusia sejagat? Meminum madu yang dicampurkan dengan jus lemon sebelum makan boleh membantu mencegah penyakit jantung koroner kerana kandungan vitamin C di dalam madu dapat melindungi otot-otot jantung akibat peradangan.
7. Menurunkan Berat Badan
Madu juga sangat bermanfaat untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan. Meskipun komponen madu dirasakan agak manis namun kandungan gula pada madu adalah semulajadi maka ianya tidak memudaratkan tubuh atau meningkatkan lagi berat badan. Selain hanya mengamalkan madu, kita juga disarankan untuk melakukan senaman supaya ianya selari dengan hasrat kita yang menginginkan berat badan ideal. Olahraga boleh diamalkan dalam pelbagai bentuk seperti berjogging, berlari setempat atau bermain badminton. Kajian menunjukkan mereka yang mengamalkan olahraga, diet seimbang dan dalam masa yang sama mengamalkan madu dalam diet seharian mampu menurunkan berat badan dan kolestrol dalam waktu yang singkat.
8. Membersihkan Racun Dari Dalam Tubuh
Penggunaan madu sangat baik untuk membersihkan tubuh dari racun yang boleh menjejaskan kesihatan kita. Perihal meminum madu ini sangat penting untuk diamalkan kerana apa sahaja yang masuk ke dalam tubuh kita melalui makanan dan minuman seharian tidak dijamin bebas dari zat-zat racun. Racun yang terdapat dalam tubuh tidak hanya menyusahkan di kemudian hari tetapi juga boleh memicu ke arah munculnya pelbagai penyakit kronik. Justeru, amalkan meminum madu bersama air suam yang dicampur jus lemon setelah bangun tidur untuk mengeluarkan racun dalam tubuh badan.
9. Meningkatkan Metabolism Badan
Salah satu khasiat madu untuk kesihatan juga adalah meningkatkan metabolism badan sehingga pelbagai proses dalam tubuh dapat berjalan lancar. Kandungan nutrisi seperti vitamin, protein, asam amino, karbohidrat, pigmen tumbuhan dan mineral di dalam madu yang membantu melancarkan pencernaan dan meningkatkan metabolism tubuh. Madu memiliki peranan penting untuk mengawal obesiti. Ianya dapat merangsang organ di dalam tubuh untuk bekerja dengan lebih effisien untuk menurunkan berat badan kerana metabolism yang lancar secara tidak langsung akan membakar banyak kalori.
10. Mengatasi Sembelit
Jika anda mengalami sembelit atau sinonimnya dikenali sebagi sukar untuk membuang air besar maka sebaiknya anda mula mengamalkan air madu. Minuman ini dapat membantu meningkatkan gerakan usus untuk mengatasi masalah sembelit. Tetapi juga disarankan mengambil madu dengan makanan lain yang kaya serat seperti sayuran dan buah-buahan untuk mengatasi masalah sembelit ini. Madu memiliki kandungan yang sangat positif terhadap sistem pencernaan kerana madu memperkuat usus dan sentiasa mempersiapkan pencernaan kita untuk makanan berat yang diambil agar terhindar dari sembelit. Itulah khasiat madu untuk kesihatan anda!
11. Mengatasi Batuk Dan Selsema
TEH MADU
Kombinasi air suam dan madu juga baik diminum untuk merawat batuk dan selesema. Selain itu, mengambil teh bersama madu juga sangat terkenal dan diakui baik untuk merawat batuk dan selesema. Apabila madu digunakan sebagai pengganti gula, ia mempunyai kesan terbaik yang membantu proses pemulihan. Madu juga boleh dicampurkan dengan halia dan lemon untuk perawatan batuk dan selesema.
12. Mengatur Kadar Gula Dalam Darah
Khasiat madu untuk kesihatan juga adalah ia dapat mengawal gula dalam darah agar tetap stabil tanpa insulin. Minum air campuran madu semasa perut kosong dipagi hari dapat menurunkan tekanan gula dalam darah. Untuk kesan yang lebih baik, madu boleh dicampurkan dengan 5 ulas bawang putih, sebiji lemon, dan 2 inci halia yang telah direbus dan diminum airnya. Kombinasi ini lebih bermanfaat dan berkesan untuk mengatur gula dalam darah.
13. Mengatasi Perut Kembung
Mengalami perut kembung sungguh akan membuat aktiviti harian kita terganggu. Perut kembung boleh mengakibatkan hilangnya fokus kita untuk melakukan sebarang pekerjaan. Minum madu bersama kayu manis dapat mengurangkan gas yang terperangkap di dalam perut yang mengakibatkan kembung. Pastikan anda memilih madu asli untuk menghilangkan perut kembung dengan berkesan.
14. Melawan Bakteria
Madu adalah cairan manis yang secara semulajadinya diperoleh daripada lebah. Bukan hanya boleh dipakai sebagai alternatif gula namun madu juga terkenal dengan kemampuannya untuk melawan bakteria. Ketika bakteria masuk ke dalam tubuh, madu akan bekerja untuk menarik air keluar dari zat asing itu sehingga mengakibatkan bakteria itu menjadi tak berdaya kerana madu tidak mengandungi air yang cukup untuk bakteria terus hidup. Gula bukan satu-satunya kandungan yang membuat madu menjadi pelawan bakteria tetapi kerana lebah menambahkan pengoksidaan glukosa sehingga madu menjadi sangat asam dan tidak mungkin bakteria mampu berkembang di dalamnya.
15. Menambah Tenaga
Menambah tenaga
Air madu atau teh madu juga baik diamalkan ketika tubuh merasa kurang bertenaga kerana ianya dapat menambah tenaga dan membuat tubuh merasa segar. Madu baik diamalkan setiap hari untuk mengekalkan kesegaran tubuh dan menambah tenaga tetapi di dalam kuantiti yang tidak berlebihan. Madu boleh dicampur dengan air suam supaya rasanya tidak terlalu manis atau secara tidak sengaja mengambilnya secara berlebihan. Hanya dengan mengamalkan lebih kurang 17g madu, tenaga badan dapat ditingkatkan kerana fruktuso dan glukosa yang terkandung di dalamnya, masuk ke aliran darah dan memberikan dorongan yang cepat untuk menambah tenaga.
16. Mengubat Penyakit Sukar Tidur Malam
Bagi sesetengah mereka yang menderita penyakit insomnia, boleh cuba mengamalkan madu. Madu dapat merangsang serotonin di dalam tubuh untuk meningkatkan suasana hati dan kedamaian. Setelah meminum madu sebelum tidur, serotonin sel ini akan menukar kepada hormon melatonin yang boleh meningkatkan kualiti tidur. Justeru itu, sesiapa yang menghidap penyakit sukar tidur malam bolehlah mencuba petua ini.
17. Penguat Ingatan
MADU SARANG
Selain kismis, madu lebah asli juga sangat sinonim sebagai meningkatkan daya tahan memori. Madu sangat sesuai diamalkan terutamanya dalam kalangan pelajar bagi mudah mengingati apa yang dipelajari. Madu merupakan terapi alternatif yang berhubungan dengan penurunan intelektual. Madu sangat kaya dengan antioksidan yang mencegah kerosakan sel-sel otak kerana itu ianya sangat dianjurkan sebagai penguat ingatan.
18. Meningkatkan Prestasi Stamina
Sukan
Khususnya kepada atlet sukan, madu sangat digalakkan untuk meningkatkan stamina ketika berolahraga. Kerana madu dapat menjaga kadar gula darah supaya tetap stabil, kerana itu ianya sangat membantu dalam meningkatkan prestasi sukan dari semasa ke semasa. Madu dapat mempercepatkan penyembuhan otot dan glukogen setelah penat berolahraga. Hebatnya, cairan manis dari madu ini dapat juga mengatur jumlah insulin dalam tubuh kita.
19. Mencegah Penurunan Sel Darah Putih
Mengamalkan madu adalah satu satu cara mudah dan murah untuk mencegah rendahnya jumlah sel darah putih yang disebabkan oleh kemoterapi. 40% penghidap penyakit kanser yang mempunyai jumlah darah yang sangat rendah tidak memiliki penurunan sel lebih lanjut setelah melakukan kemoterapi apabila mereka mula mengamalkan madu. Mereka meminum sekurang-kurangnya dua sudu teh madu setiap hari selama menjalani rawawatan kemoterapi. Kepada mereka yang menderitai penyakit kanser yang sering melakukan ujian kemoterapi, adalah sangat digalakkan untuk mengamalkan madu.
20. Membantu Merawat Luka
Madu asli sangat berkesan untuk membunuh bakteria yang terdapat dalam luka. Sebarang luka boleh disembuhkan dengan melulur madu pada luka tersebut. InshaAllah jika sering diamalkan, luka yang dalam juga boleh kering dan sembuh dengan cepat. Selain menyembuhkan luka, ianya juga dapat mengurangkan rasa sakit akibat luka yang dideritai.
Sudah Terang Lagi Bersuluh
Berdasarkan semua manfaat madu diatas, sudah terang lagi bersuluh bahawa madu mempunyai lebih dari sejuta manfaat. Bagi mereka yang sangat mementingkan kesihatan diri kecergasan serta mahukan kecantikan luar dan dalam, madulah jawapannya. Manfaat madu terhadap kesihatan manusia sudah terkenal sejak zaman-berzaman.
Peringatan dari saya...
Madu harus diambil secara bijak dan mengikut kuantiti yang secukupnya sahaja.
Cari madu asli origenal sebab sekarang banyak madu tiruan @ madu sintetik di pasaran